k l i k s a j a

.

3.13.2012

CLASS TRIP TO LANGKAWI

best sangat - actually tak tahu nak start cerita macam mana
dah start plan percutian ni dari sem lepas
lecturer cadangkan pergi Pulau Pangkor
kena buat kertas kerja untuk mohon peruntukan dari pihak Politeknik
kelam kabut jugak masa tu
kalau pegi Pangkor nak jalan mana ja
Lumut pun tak da banyak sangat tempat nak pegi..
Kalau pegi pun dalam 2 hari 1 malam
lepas tu diorang tanya pendapat majoriti kelas
majoriti pilih percutian ke Langkawi
tak buat kertas kerja pun
sebab nak pegi dengan kawan-kawan ja - dan apa2 terjadi adalah tanggungjawab sendiri
syukurlah semuanya berjalan lancar
mula2 budget rm180 seorang dengan agen di Langkawi
maknanya agen akan bawak pegi jalan-jalan
ada bbQ tepi pantai & lain-lain
next budget is rm160 per person
setelah semua setuju then tetapkan tarikh pula
iaitu masa cuti mid sem 17-19 februari

1st day
naik van sewa pegi jeti Kuala Perlis
ambil masa 1 jam kot kalau x silap nak sampai Langkawi
dan sangat seronok bila lihat air laut warna hijau
tak sabar nak mandi laut
sampai Langkawi dalam jam 1 then naik van sewa
kami sewa 2 buah van
pegi tengok tempat penginapan
so far berpuas hati and the price is reasonable
3 orang 1 bilik
yang x best nya ialah tuala ..
untung juga just bawa tuala kecik
tu pun saja spare konon tak nak bawa banyak barang
lagi best tengok dekat sangat dah dengan pantai
lepas hantar barang2 dalam bilik
kami pergi makan
makan kat kedai tepi simpang
mahal makanan dia
lepas makan pegi Cable Car
seronok sangat
jalan nak pegi pun mencabar
berbukit dan belok2
tapi best juga
credit to our driver.. :)
ada roadblock pula tu
first time naik cable car dan sangat teruja
tak gayat pun
yang best nya, baru tau cable car tu tak berhenti
so kalau nak naik kena hati2
best tengok hutan2 kat bawah dari cable car
lepas tu ada jambatan tinggi pula tu
sejuk sangat
rasa angin tu macam air-condition pun ada
tengok burung helang
tak larat nak jalan dah masa tu
then jalan2 kat bawah tu sambil makan aiskrim
best sangat
lepas tu balik tempat penginapan
tukar baju untuk mandi
tapi kurang best sebab tak ramai yang join sebab dah lewat dah masa tu
malam tu pegi makan pulak..
lepas makan nak pegi dataran helang tapi gelap dah lambat
lepas tu lepak2 tepi pantai
makan makan tapi hujan renyai2 x syok
dah macam duduk luar negara dah
ada macam kedai tempat omputih khususnya lepak2
diorang minum2 makan, buat live band dan menari
babylon

2nd day
pegi island hopping
ikot plan gerak jam 9
so ada masa gi makan2 dekat2 situ
makan roti canai
tuan punya kedai kot lembut2
lawak pula tu
tapi yang penting dia beri layanan baik
lepas semua dah sedia kitorang pun gerak kat tempat nak buat island hopping
memang best naik bot ramai2
first pegi Pulau Dayang Bunting
monyet kecil - x suka / takut
30 minit ja berhenti situ
nak kena turun naik bukit gak
nenek2 pakai tongkat pun gagah lagi
rugi x mandi
sebab nak kena pakai life jacket
next berhenti kat tempat ternakan ikan
bayar rm10 per person
tak best sangat
just bagi ikan makan
tengok2 ikan and obor2 and gamat
first time jumpa dan pegang gamat hidup
next tengok pulau tempat burung helang
banyak sangat helang
next Pulau Beras Basah (kalau x silap)
berhenti lama juga kat sini
puas sangat mandi2 dan berenang
badan pun rasa gatal2 tak tau kenapa
dah x fikir dah akan sunburn dek keseronokan mandi laut
penat sangat
balik kat jeti tadi
lapar pula sebab dah tengah hari dah waktu tu
kat sana tadi xda jual makanan rasanya
balik bilik dulu baru pegi makan
rasa nak rehat juga sebab letih
lepas makan pegi borong coklat kat Kedai Haji Ramli
murah juga coklat
semua nak Daim
sy x beli coklat banyak pun
balik memborong tu pegi mandi laut
dah janji dengan kawan2 nak naik Banana Boat
dan seronon sangat
tapi abang yang handle kitorang tu nak balik cepat
so tak lama lah kitorang naik
dia jatuhkan banana boat kat laut yang dalam juga la
nasib baik life jacket ok
kawan punya life jacket ada yang tercabut
dan ada yang pakai size kecik
kesian diorang yang x pandai berenang
tapi puas juga hajat dah tercapai
malam tu pegi makan
hujan agak lebat dan nak jalan2 pun tak selesa
rehat awal malam tu

last day
awal pagi tu pegi beli souvenirs dekat2 tu saja
pegi makan siap2 kat kedai abang lembut tu juga
lepas tu bila dah berkumpul semua then naik van balik jeti
ada pula sistem cukai barang kat situ
coklat kat jeti lagi mahal dari Haji Ramli
feri sampai then naik feri

dihidangkan cerita Papa i <3 u
sedih pula tinggalkan air laut hijau Langkawi
naik van dari jeti Kuala Perlis ke rumah sewa






ok siap - tak larat nak upload gambar banyak sangat
conclusion - trip yang sangat best :)