k l i k s a j a

.

1.24.2012

CHINESE NEW YEAR

First of ol, happy chinese new year ..
 
sedih xda tempat nak beraya kat sini 
cuti kali ni blek Lumut gak..
tapi xda plan activity apa2 pun..
kali ni balik sorang ja

on 21st Jan, pegi Ipoh jemput cousin sy..
then kami jalan2 jap pegi Kelli's Castle
first time datang situ
cantik kot kalau betol2 siap
tapi kalau siap confirm xleh masuk jugak
ramai gak orang datang amik gamba
khususny yang amik gamba wedding
lawa2 gak
ada 1 part at beranda depan istana tu diorang cakap roh tuan punya istana masih berlegar2
really ??


hahaha






9. Special tree  that resembles a bear's face within Kellie's castle garden compound.JPG

tengok la pokok ni macam beruang kan,,

ni map nak pegi Kellie's Castle



ni a lil'bit sejarah Kellie's Castle sy amik at wikipedia
"Bangunan Istana Kellie atau Rumah Kellas telah dibina pada tahun 1910 oleh seorang peladang getah terkemuka British bernama William Kellie Smith. Bangunan tiga tingkat dibina mengikut reka bentuk sebuah istana Moghul di bandar Agra,India. Tukang-tukang binaan bangunan tersebut dibawa khas dari Madras.
William Kellie Smith adalah dari sebuah desa di Skotlandia yang dikenali sebagai Kellas. Pada tahun 1890, ketika berusia 20 tahun, Smith tiba sebelum Tanah Melayu membangun. Di Tanah Melayu, beliau bertemu dengan seorang pemilik tanah bernama Alma Baker, yang telah memenangi konsesi dari pemerintah negara untuk menghapus 360 hektar hutan di Perak. Dengan keuntungan besar yang dibuat dari perniagaan bersama ("bisnes venture") dengan Alma Baker, Smith mula menanam pohon getah dan menceburi dalam industri perlombongan timah. Sewaktu dengan itu, ia menjadi pemilik Perumahan Kinta Kellas dan Kinta Kellas Tin Dredging Company.
Kemudiannya beliau kembali ke rumah beliau untuk berkahwin dengan orang Skotland tercinta, Agnes, dan isterinya dibawa ke Malaysia pada tahun 1903. Tahun berikutnya, pasangan ini diberkati dengan anak perempuan mereka yang bernama Helen. Selama bertahun-tahun selepas itu, Agnes berusaha untuk hamil, tapi gagal. William Smith terlalu mengharapkan seorang anak lelaki sebagai waris untuk mengambil alih kerajaan itu di Kepulauan Melayu. Setelah bertahun-tahun selepas itu, akhirnya Agnes telah melahirkan seorang anak lelaki bernama Anthony, pada tahun 1915. Kelahiran anaknya adalah peringkat awal bagi keuntungan yang lebih besar untuk William Smith. Bagi merayakan kelahiran Anthony, William Smith telah memutuskan untuk memperluaskan rumahnya. Smith memulai perancangan untuk cadangan istana besar yang dirancangkan untuk digelar sebagai Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Bangunan ini mempunyai 14 buah bilik, sebuah bilik bawah tanah dan terowong rahsia itu juga dilengkapkan dengan lif yang pertama di dibina Tanah Melayu. Di tingkat kedua pula akan dibina sebuah padang tenis berlantaikan simen.
Berita mengenai bangunan ini pernah disiarkan dalam akhbar London Financer pada 15 September 1911. Akhbar itu mengatakan Kellas House itu merupakan bangunan yang paling unik di seluruh Timur Jauh, sama ada dari segi bentuk ataupun besarnya.
Bangunan ini tidak sempat disiapkan setelah Kellie Smith meninggal dunia di Pelabuhan Lisbon, Portugal pada 11 Disember 1926. Bangunan yang kekal dalam keadaan 'sedang dibina' telah menjadi tarikan pengunjung ke Batu Gajah kerana keunikannya."      -petikan daripada wikipedia-sejarah kellie's castle


ok thats all pasal Kellie's Castle


on 22nd Jan pulak pegi lepak2 Marina Island
nak tengok fireworks Pangkor
meriah gak Marina ni malam2
ramai orang datang especially dengan family & x kurangnya dengan rakan2
ada tempat sewa basikal, & design basikal yang pelbagai
untuk kanak2 pun ada gak
meriah
pastu ada kete kontrol gak
cousins dah mula boring sebab masa tu lambat lagi nak jam 12
len kali bawak basikal & kete kontrol bru best..
jam 12 tgh malam tengok bunga api
tapi bunga api dari Pangkor x kecik2 ja tengok, hehe
pastu ada bunga api Marina.. cantik jugak
bila lah dapat nak datang Pangkor kan,,





map Marina island Lumut


balik Jitra on 23rd
konon nak buat assignmnent, banyak & nak kena submit minggu ni jugak
ramai sangat orang at Terminal bus Butterworth
lupa nak amik gamba
80% pekerja asing
yang penting tiket balik Jitra ada..
first time naik bus dari Shahab Perdana ke Jitra
kalut gak cari kaunter tiket
takut nak naik teksi sorang2
ada p.cik dok sebelah
muka cam cina tapi fasih cakap Melayu
banyak cakap gak p.cik tu
tapi bagus gak mcm tu
banyak tol dia tanya


ok then sampai umah sewa - xda kunci rumah 
nasib baik kawan ada area2 Jitra gak boleh la antar kunci

thats all ..